Isnin, 24 Ogos 2015

Langkah langkah mengekalkan kedaulatan negara

- Memupuk semangat partiotisme di kalangan rakyat :
Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. 
Usaha-usaha mereka untuk memajukan negara haruslah sentiasa disokong, bukannya dikritik.
Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan negara haruslah diambil tahu dan dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin masih di tangan penjajah asing.

-Lambang-lambang kebesaran negara harus dikenali dan dihormati
Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang suci dan rakyat tidak harus membenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi di dunia. 
Ketika menyanyikan lagi Negaraku, kita perlu berdiri tegak serta menghayati lagu tersebut dengan penuh semangat cinta akan negara.

- Sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya. 
Kita perlu taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. 
Kita harus  mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara.
Kita perlu sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta cara mengatasinya. 

-Semangat kekitaan dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara.
Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham untuk kesejahteraan hidup Malaysia. Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri.Sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain. Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong dapt memupuk semangat bermasyarakat antara kaum serta mengeratkan hubungan silaturahim. Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pihak. Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar.

- Bersifat produktif untuk memajukan negara
Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa. Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara. Misalnya apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu demi menghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk memajukan ekonomi negara semula.

Kesimpulan
Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa jua cabaran dalam negara dan sentiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat. Perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan semua.

22 ulasan:

  1. Hmm rasanya anjing banget

    BalasPadam
  2. Jangan jadi bodoh komen macam² just nk kata best laman web ni sbb senang nk cari maklumat untuk kerja kursus sejarah saya

    BalasPadam
  3. Cun nak copypaste kat soalan sej

    BalasPadam
  4. terima kasih sgt2 mmg membantu utk siapk krje kursus sye wktu pendemik ni.... >,<

    BalasPadam
  5. Thanks you're my hero nasib ada nota ni selamat ☺️

    BalasPadam
  6. MantapπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  7. Bagus bole copy sikit utk keje kursus sejarah saya

    BalasPadam